Nota Penghantaran (DN)
DN adalah tindak balas daripada pelayan SMSC. Ini bermakna, apabila SMS dihantar daripada pengguna kepada pelayan Maxis, Digi, Celcom, pelayan-pelayan tersebut akan bertindak menghantar satu kod untuk memberitahu kita sama ada SMS Center menerima mesej yang telah dihantar tadi ataupun tidak. Kod tersebut dikenali sebagai Nota Penghantaran(DN).
Akan tetapi, nota penghantaran itu tidak memberitahu kita jika pengguna akhir telah menerima SMS kita ataupun tidak. Pengguna yang telah menggunakan banyak perkhidmatan daripada banyak pembekal SMS mungkin telah tahu bahawa walaupun DN menunjukkan kesemua mesej telah dihantar, tetapi beberapa mesej mungkin telah hilang.
Perkara ini adalah di luar kawalan pembekal perkhidmatan SMS. Tetapi teknologi SMS 2 hala dapat membantu bagi meningkatkan kadar penghantaran kepada 99.9%. isms.com.my sebenarnya telah dibangunkan oleh tenaga kerja yang telah bekerja bertungkus lumus bagi memastikan pelanggan-pelanggan kami menerima perkhidmatan yang terbaik.