iSMS Online Service
iSMS Home About iSMS iSMS Home Buy iSMS Card Support Register Contact Us
Maklumat iSMS
Log Masuk Pengguna:
Daftar
Lupa Katalaluan
    ID Pengguna
    Katalaluan
 

Menghantar SMS dengan menggunakan fail excel

Excel adalah satu perisian lembaran kertas kerja. Anda boleh menukar format fail excel kepada bentuk format yang lain. ISMS berupaya membantu anda menghantar SMS kepada penerima-penerima anda. Terdapat dua cara untuk anda menghantar SMS dengan fail excel.

  1. Mengimport fail excel ke dalam buku alamat
  2. Menghantar secara langsung dengan menggunakan fail excel.

Sebelum anda melakukan kedua-dua operasi di atas, anda perlu menukarkan fail Excel kepada "CSV" format. CSV adalah singkatan untuk koma nilai bercerai(comma separated value), yang mana setiap perkataan diasingkan dengan menggunakan koma.

CSV Sample

Langkah-langkah untuk menukar fail excel kepada csv

  1. Bina fail excel seperti contoh fail CSV di atas dengan tidak memasukkan sebarang label.
  2. Simpan fail excel tersebut sebagai CSV "file → save as" kemudian pilih fail jenis CSV.
  3. Kini, anda telah mempunyai satu fail CSV.

Mengimport fail excel ke dalam buku alamat

  1. Log masuk ke dalam akaun iSMS anda dengan melayari isms.com.my.
  2. Pilih menu "buku alamat → import nombor telefon".
  3. Kemudian pilih fail CSV yang telah disimpan tadi dan mula muat naik.
  4. Sekarang anda telah mempunyai kesemua nombor telefon dari fail CSV tadi di dalam buku alamat anda. Anda boleh memilih nombor-nombor tersebut untuk menghantar SMS dari ruangan atau fungsi "karang SMS".

Menghantar secara langsung dengan menggunakan fail excel.

  1. Pilih fungsi "karang SMS dengan muat naik fail CSV".
  2. Tulis mesej anda dan pilih fail CSV tersebut.
  3. Apabila anda menghantar mesej, pelayan iSMS akan menghantar mesej kepada semua nombor telefon yang terdapat di dalam fail CSV tersebut.

Artikel-artikel

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 
  © 2009 www.isms.com.my. All rights reserved Privasi Polisi | NDA Designed by mbwebcreator.com